ConSys

Pengumuman:

SEMAKAN SIJIL PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM)


* Adalah dimaklumkan bahawa Sistem eTransminda untuk tujuan semakan dan cetakan Sijil Induksi dan Sijil Program Transformasi Minda (PTM) bagi anggota Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah menghadiri Kursus Induksi atau PTM akan ditutup mulai 1 April 2018 hingga 30 Jun 2018. Semakan dan cetakan hanya boleh dilaksanakan semula mulai 1 Julai 2018. Penutupan ini adalah bertujuan untuk menaiktaraf sistem tersebut.


* Sebarang permohonan untuk mendapatkan Sijil Induksi atau Sijil PTM dalam tempoh penutupan Sistem eTransminda ini boleh dikemukakan melalui emel : ptm.ldp2@moh.gov.my beserta input berikut:

  1. Nama Pemohon

  2. No. Kad Pengenalan

  3. Tarikh Induksi / PTM

  4. Lokasi Induksi / PTM

  5. Pihak Penganjur Induksi / PTM


Tuan/Puan adalah dinasihatkan untuk mencetak Sijil tersebut setelah diterima untuk tujuan pengesahan dalam perkhidmatan oleh Jabatan serta menyimpan sesalinan bagi rekod perkhidmatan sendiri.

* Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-88850728.

Sekian, Terima Kasih